Tuesday, 9 March 2010

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

Dalam era globalisasi ini,jalur lebar memainkan peranan yang penting bagi menambah pengetahuan semua orang.Jalur lebar juga telah merubah hidup semua orang termasuk saya dan telah mengubah seluruh hidup saya dengan membantu saya mendapatkan informasi yang terkini,padat dan berkualiti serta saya boleh memperolehi maklumat dengan pantas.Masa saya juga dapat dijimatkan dengan adanya
kemudahan jalur lebar di tempat saya.Saya juga dapat berkenalan
dengan ramai kawan dari serata dunia melalui Facebook.Dengan itu,
saya dapat bertukar-tukar pandangan dengan kawan saya di Facebook.
Perdana Menteri kita telah melancarkan gagasan Satu Malaysia dengan
harapan supaya semua kaum di Malaysia dapat bersatu.Di media massa
juga telah diwawarkan mengenai konsep Satu Malaysia dan juga
Facebook Satu Malaysia.Jalur lebar amat berguna dan memberi
banyak manfaat kepada saya.Saya amat berbangga menjadi rakyat
Malaysia dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana
memberi peluang kepada saya untuk menggunakan kemudahan jalur
lebar yang kian meluas pengaruhnya dari hari ke hari.
Saya adalah pelajar ICT,tetapi saya langsung tidak tahu cara membuat blog.Sekarang ini saya
sudah mengetahui cara-cara membuat blog.Semua ini atas bantuan guru ICT saya dan bantuan
rakan-rakan ICT serta bantuan dari rakan sekelas saya.Saya berasa amat bertuah kerana
bersekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHINI TIMUR dan mempunyai kawan
yang suka membantu saya.Diharapkan pembaca yang membaca blog saya akan berpuas hati
dengan hasil kerja saya yang tidak seberapa ini.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment